Adaptasi bagi memburu Burung_Hantu

Kesemua burung hantu merupakan burung pemangsa pemakan daging dan hidup memakan serangga dan rodent kecil seperti tikus, dan arnab. Sesetengah burung hantu juga menyesuaikan diri secara khusus bagi memburu ikan. Mereka amat sesuai bagi memburu dalam persekitaran masing-masing. Oleh kerana burung hantu boleh didapati dikebanyakan bahagian dunia dan merentasi pelbagai sistem ekologi, kemahiran memburu mereka dan ciri-cirinya berbeza sedikit antara spesies dengan spesies, sungguhpun kebanyakan ciri-ciri dikongsikan dikalangan semua spesies.

Penerbangan dan bulu pelepah

Kebanyakan burung hantu berkongsikan keupayaan untuk terbang hampir senyap dan juga lebih perlahan berbanding burung pemangsa yang lain. Kebanyakan burung hantu aktif sebahagian besarnya kehidupan waktu malam nokturnal dan mampu untuk terbang dengan senyapnya yang memberikan mereka kelebihan besar keatas mangsa mereka yang mendengar bagi bunyi yang paling kecil pada waktu malam. Penerbangan senyap, perlahan tidak begitu penting bagi burung hantu diurnal dan crepuscular disebabkan mangsa mereka biasanya mampu melihat burung hantu datang hampir. Sungguhpun mekanisma morphologikal dan biologikal bagi penerbangan senyap ini sebahagian besarnya tidak diketahui, struktur bulu pelepah telah dikaji dengan teliti dan dikatakan sebagai penyumbang besar pada keupayaan mereka melakukannya. Pelepah burung hantu pada umumnya adalah lebih besar berbanding bulu pelepah burung yang lain, have fewer radiates, longer pennulum, dan memiliki hujung yang licin dengan struktur rachis yang berbeza.[11] Tepi berkeluk sepanjang pelepah utama "remiges" burung hantu menjadikan kepakan sayap ke bawah hampir senyap secara mekanik. Penyelidikan menunjukkan bahawa kelukan berkemungkinan besar mengurangkan gangguan aerodynamik, berbanding sekadar mengurangkan bunyi.[11] Permukaan bulu pelepah penerbangan diselitupi struktur velvet yang menyerap bunyi pergerakan sayap. Struktur unik ini mengurangkan frekuensi bunyi melebihi 2 kHz,[12] menjadikan tahap bunyi terhasil jatuh di bawah spektrum pendengaran biasa mangsa biasa burung hantu[12][13] dan turut juga dalam julat pendengaran terbaik burung hantu itu sendiri [petikan diperlukan]. Ini mengoptima keupayaan burung hantu untuk terbang dengan senyapnya untuk menangkap mangsa tanpa didengari oleh mangsanya terlebih dahuli ketika burung hantu terbang menghampirinya. Ia turut membenarkan burung hantu untuk memantau bunyi terhasil dari pola penerbangannya.

Penglihatan

Satu ciri pada burung hantu yang membantu diri mereka menangkap mangsa nokturnal mereka adalah daya penglihatan mereka. Burung hantu merupakan sebahagian kecil burung yang hidup nokturnal, tetapi tidak menggunakan sistem gema bagi membantu mereka terbang dalam keadaan cahaya suram. Burung hantu dikenali bagi mata mereka yang lebih besar berbanding kadar tengkorak mereka. Salah satu akibat evolusi mata besar mutlak dalam tengkorak yang kecil adalah mata burung hantu mempunyai bentuk tiub.[14] Bentuk ini yang terdapat pada mata nokturnal yang lain, seperti mata primate strepsirrhine dan ikan bathypelagik.[15] Disebabkan mata mereka kekal pada tiub sklerotik ini, mereka tidak mampu menggerakkan mata pada mana-mana arah.[16] Disebalik menggerakkan mata mereka, burung hantu memalingkan kepala mereka bagi melihat sekeliling mereka. Kepala burung hantu mampu berpusing melalui sudut sekitar 270°, dengan mudah membenarkan mereka melihat dibelakang mereka tanpa menggerakkan tuuh mereka.[16] Keupayaan ini membolehkan pergerakan badan minima dan dengan itu mengurangkan bunyi yang dihasilkan oleh burung hantu semasa ia menunggu mangsanya. Burung hantu dianggap sebagai mempunyai mata paling dihadapan di kalangan semua kumpulan burung, yang memberikannya antara bidang penglihatan binokular terbesar. Walau bagaimanapun, burung hantu adalah berpandangan jauh dan tidak boleh mefokus tumpuan kepada objek dalam beberapa sentimeter dari mata mereka. [15][17] Sungguhpun lazimnya dipercayai bahawa burung hantu mempunyai penglihatan waktu malam yang besar disebabkan mata dan anak mata mereka yang besar (dan dengan itu sangat menumpukan cahaya) dan / atau rod reseptor yang sangat sensitif, sebab sebenar bagi keupayaan mereka untuk melihat pada waktu malam adalah disebabkan oleh mekanisme neural yang menjadi pengantara pengekstrakan maklumat spatial yang dikumpul daripada imej retina sepanjang julat pelbagai 'luminans' pada waktu malam. Mekanisme ini hanya boleh berfungsi kerana imej retina yang bersaiz besar.[18] Dengan itu, pada waktu malam fungsi utama penglihatan burung hantu itu adalah disebabkan jarak nod posterior yang besar; kecerahan imej retina hanya dimaksimumkan kepada burung hantu dalam fungsi saraf kedua.[18] Ciri-ciri burung hantu ini yang menyebabkan penglihatan waktu malamnya untuk menjadi jauh lebih baik berbandang mangsa purata. [18]

Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini.
Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Burung Hantu (Inggeris).
Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk.
Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Pendengaran

Burung hantu menunjukkan fungsi pendengaran khusus dan bentuk telinga yang membantu ketika memburu. Mereka terkenal dengan kedudukan telinga tak simetri pada tengkorak dalam beberapa genera. Burung hantu boleh mempunyai sama ada telinga dalaman atau luaran, kedua-duanya adalah tidak simetri. Tak simetri tidak pernah dilaporkan sebagai berlanjutkan sehingga ke telinga tengah atau dalaman burung hantu. Penempatan telinga tak simetri pada tengkorak membolehkan burung hantu untuk menentukan lokasi mangsanya. Hal ini terutama berlaku bagi spesies pemburu malam seperti burung hantu bangsal 'Tyto' Burung hantu bangsal atau burung hantu Tengmalm.[16] Dengan telinga yang terletak pada kedudkan yang berbeza pada tengkoraknya, burung hantu dapat menentukan dari arah mana bunyi itu datang melalui perbezaan kecil tempoh bagi gelombang bunyi memasuki ke dalam telinga kiri dan kanan. Burung hantu memutarkan kepalanya sehingga bunyi sampai pada kedua-dua telinganya pada masa yang sama, pada ketika itu ia mengarah pada punca bunyitersebut. Perbezaan masa antara telinga adalah sekitar 0.00003 saat, atau 30/1000000 saat. Seperti mata, yang memberi menggunakan bulu pelepah bagi menumpuan vahaya, telinga dikelilingi oleh bulu bagi memaksimumkan keupayaan pendengaran. Di belakang lubang telinga terdapat bulu pelepah yang lebih tebal, padat yang diubahsuai untuk membentuk lingkaran muka, yang mewujudkan dinding cekung anteriorly yang menala bunyi pada struktur telinga. [19] Lingkaran pada muka ini tidak begitu jelas pada sesetengah spesies dan jelas, hampir mengelilingi keseluruhan muka pada sesetengah spesies yang lain. Cakera pada muka juga bertindak untuk mengarahkan bunyi ke dalam telinga, dan menghadap ke bawah, paruh segi tiga tajam kebawah meminimumkan pantulan bunyi dari muka. Bentuk cakera muka dapat diselaraskan sesuka hati bagi menumpuan bunyi dengan lebih berkesan. [16]

Rujukan

WikiPedia: Burung_Hantu http://www.carolina.com/teacher-resources/Interact... http://www.cybermelayu.com/newriang/tahukah/tahuka... http://www.fishowls.com/ http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.oiseaux-birds.com/card-eurasian-eagle-o... http://www.owlpages.com/owls.php?genus=Bubo&specie... http://quillcards.com/blog/index.php/2009/09/23/ta... http://prpm.dbp.gov.my/ http://www.bsc-eoc.org/avibase/checklist.jsp?lang=... http://www.bsc-eoc.org/avibase/checklist.jsp?lang=...